Riverside, Janda Baik. Pahang.
Assalamualaikum. . Hujung minggu kali ini kami sekeluarga mengambil keputusan berehat sambil camping di Janda Baik. Aktiviti kami disertai afik kesayangan aku iaitu Ucu yang kebetulan ada balik bercuti. Setelah puas mencari info di 'pakcik Google'.. akhirnya kami terjumpa resort ini. Memang sangat teruja..memandangkan ini kali pertamanya kami tidur dlm khemah.
Malam ni kami bagi kebebasan kepada Iman & Azib untuk "main course" Bbq.. bukan main lagi kembang kuncup hidung masing masing bila dipuji ayam & sosej dibakar sedap. Alhamdulillah sepanjang program, anak-anak tidak merungut nak balik..bimbang juga kami mungkin mereka tidak selesa.
Sepanjang malam tidur kami berteman muzik ciptaan Allah yang Maha Esa.. Kedengaran deruan air sungai yang laju.. bunyi cengkerik
Kami bertolak dari Kuantan lebih kurang jam 8.00pg & lebih kurang pukul 11pg kami sampai ke destinasi. yeeahhh mmg mendamaikan di sini. .cuaca yang nyaman. Kami pilih chalet no.7 ni sebab sesuai untuk aku yang ade anak kecik.. nk salin pakaian pun mudah.. nanti Iman. .Azib. .ucu.. abh akan tido di tapak khemah yang disediakan.
Selesai punggah barang dari bonet kereta.. anak2 diajar cara2 mendirikan khemah. Inila motif awal kami ingin memberi pendedahan awal kepada mereka dunia camping. Anak lelaki kann.. kena la lasak skit..Hehehe
Khemah pun dh siap dipasang. . Apa lagi inilah masanya untuk mereka mandi sungai. .masing2 excited. . Aku pula mula sediakan lunch untuk diorg. Rasa mcm main pondok2 zaman kanak2 pl.k..seronok tau masak kat sini hilang stress sbb bunyi air sungai menderu deru.angin sepoi sepoi bahasa.
Anak-anak gembira mandi sungai bersama ucu kesayangan mereka..
Dua beranak ini mengambil peluang bersantai sambil memerhatikan aksi pengunjung yang datang. Tidak lama kemudian mereka sendiri zzzz.
Maggie sardin resepi ucu.. walaupun nampak simple, tapi memang meletop la sedapnya! |
Setelah puas berehat.. kami pun ambil keputusan untuk pusing pusing kampung.. abis semua lorong kami lalui.. banyak sungguh chalet kawasan Janda Baik ni dan mmg byk pilihan. Tetapi dari segi pengamatan kami.. Chalet tempat kami sangat2 la strategik dari sudut panorama .. keadaan geografi sungai nya dan Kemudahan asas... okey dah penat pusing2.. kami balik ke khemah untuk bersiap sedia menu mkn mlm. .
Malam ni kami bagi kebebasan kepada Iman & Azib untuk "main course" Bbq.. bukan main lagi kembang kuncup hidung masing masing bila dipuji ayam & sosej dibakar sedap. Alhamdulillah sepanjang program, anak-anak tidak merungut nak balik..bimbang juga kami mungkin mereka tidak selesa.
Sepanjang malam tidur kami berteman muzik ciptaan Allah yang Maha Esa.. Kedengaran deruan air sungai yang laju.. bunyi cengkerik
Keindahan pagi di sini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. So Korang datang la kesini untuk merasainya. . Insyaallah Korang tidak menyesal..
Sekali lagi, pagi ini kami tidak lepaskan peluang untuk mandi di sungai sebagai acara penutup sebelum bergerak balik ke Kuantan. Setelah selesai semuanya. Kami pun pulang dengan seribu kenangan manis disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan